Tuesday, December 4, 2012

Separuh masa

Belajar separuh masa, kalau tanya kat saya penat atau tak, saya jawab tak. Haha. Ok serius tau bagi saya tak penat. Saya tak pasti kalau di universiti lain macam mana, tapi kalau di UPM, atau lebih tepat lagi di Sekolah Pengurusan Siswazah (Graduate School of Management, GSM), jadual kelas tak membebankan. Student part time digalakkan ambil 3 subjek setiap sem, so every week akan ada 3 hari kelas. Kelas start pukul 6.30 petang sampai 9.30 petang, with half an hour break in between. Ada juga yang ambil hanya 2 subjek setiap sem, kalau rasa tak boleh cope dengan 3 subjek. Jangan mengada nak ambil 1 subjek je pulak setiap sem, bila boleh habis macam tu T.T

Dengan 3 subjek setiap sem, saya boleh tamatkan pengajian dalam masa 2 tahun. GSM gunakan sistem trimester, dimana dalam setahun ada 3 sem. So takde lah cuti sem panjang-panjang. Paling lama pun 2 minggu, then dah start sem baru. Yuran pula, setiap sem around RM5k. GSM sebenarnya ada full-time student, dan student full-time ambil 4 subjek setiap sem. So diorang boleh habiskan pengajian dalam masa setahun setengah.

Saya tak pernah ada background dalam Business, HR, Training, Admin etc dari sekolah sampailah sebelum saya continue study di GSM. Saya ada Degree in Chemical Engineering, pernah bekerja dalam bidang yang relevan selama 2 bulan, sebelum resigned. Kerja sekarang tak ada kena mengena dengan Engineering, jadi demi career advancement sendiri  dan untuk lebih faham and be more knowledgeable untuk kerjalah, yang membuatkan saya nak sambung belajar. Besides, i have nothing to do after work. So, yeah :)

Tapi, tapi, dan tapi, walaupun tak penat, kena pandai atur masa untuk siapkan assignments and study for mid term and exams. Then, you'll be ok :) In anything we do, if we put it as priority, we will definitely sacrifice and go for it, isn't it?

No comments:

Post a Comment